WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan Modul 3 - Sesi March

1 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 31 March 2026, iaitu pada hari Selasa, – NADI Bengoh telah menyertai satu program bertajuk Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan: AI untuk Mencipta Kandungan yang berlangsung secara atas talian, dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan dari NADI Bengoh. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan digital yang lebih kreatif dan berkesan, khususnya bagi tujuan pemasaran.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta diperkenalkan kepada konsep asas penggunaan AI dalam penciptaan kandungan serta kepentingannya dalam membantu usahawan meningkatkan kehadiran digital mereka. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami cara memanfaatkan platform digital secara lebih strategik dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pemasaran digital berasaskan teknologi terkini, sekaligus menyokong pembangunan kemahiran usahawan tempatan di NADI Bengoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali